Saturday, September 12, 2009

Operasi: Spring Cleaning Raya

Hari ini, operasi pembersihan rumah sempena Aidilfitri secara rasminya telah bermula. Seawal jam 7 pagi, layan tv series CSI dulu (malam semalam dah habis donlod) :p Kemudian baru ada semangat.

Sasaran pertama: perkarangan rumah dan laman. Tengok-tengok balik, pokok tomato yang ditanam dalam pasu dah terlampau besar dan tinggi. Akar tak cukup tanah, pokok pon dah jadi macam padi, semakin berisi semakin tunduk. Walaupun puasa, gagah pindahkan dari pasu ke tanah laman rumah. Mencangkul hebat, peluh meleleh. Sukses. Rumput belum potong pendek lagi nih, petang nanti akan saya kerjakan. Ahh, ini belum nak basuh lantai porch lagi.

Sasaran kedua (wife, waktu sama dengan sasaran pertama): Bilik tidur. Tukar cadar, tukar alas bantal, vakum dan tingkatkan pengudaran untuk lebih segar :)

Sasaran-sasaran seterusnya: Ruang tamu, dapur dan bilik-bilik lain. Semua agenda malam karang dan besok pagi.