Thursday, November 10, 2011

Pindah Rumah: Ubahsuai Dapur

Kaunter, sinki, dapur, hud, kabinet, peti sejuk... Sekadar menyenarai peralatan dapur yang telah kami beli. Senarainya taklah sepanjang mana, tapi kalau nak bandingkan kosnya, memang besar. Syukur, kebanyakan peralatan elektrik dapur dah ada - daripada hadiah kahwin dulu :)

Kaunter dapur. Ubahsuai rumah kami bermula dengan dapur. Pada permulaannya saya tak pasti sama ada mahukan kaunter solid surface atau konkrit dengan jubin. Memandangkan wifey agak konservatif dalam hal ini, kami setuju dengan kaunter konkrit dengan jubin bersaiz 2’x2’. Tanggungjawab untuk kaunter dapur kami serahkan pada kontraktor ubahsuai kami, Andy. Untuk ketuk dinding (selebar 6’), ganti jubin lantai (8’x12’) and bina kaunter konkrit dengan jubin, keseluruhannya berharga RM 6,000.  

Pintu dan tingkap kaca. Rekabentuk asal dapur kami agak tertutup, peta lantai segi empat dengan satu pintu dan satu tingkap. Selepas rekaan semula dapur, kami masih tak dapat lari dari satu pintu dan satu tingkap. Penyelesaiannya? Pintu kaca dan tingkap gelongsor dengan dimensi yang lebih besar. Kebetulan tak lama selepas itu ada ekspo hiasan rumah HomeDec ‘10. Setelah puas tinjau tawaran-tawaran menarik selama dua hari (Jumaat dan Sabtu) kami tempah dengan Reliance Home. RM 1,500.


Kipas pengudaraan. Pada permulaan perancangan reka bentuk dapur, salah satu ciri-ciri yang saya utamakan adalah pengudaraan. Kalau dah memasak, pasti ada baunya, kita gunakan hud. Tapi selalunya haba tetap meruap ke pelusuk dapur, dan boleh membuatkan kita rasa tak selesa - kita guna kipas pengudaraan. Tak ada masalah... beli di Senheng pada harga RM 120.

Dapur masak dan hud. Alatan ini kami beli di Harvey Norman Mid Valley. Pada mulanya kami ke Mid Valley untuk mencari barang-barang bilik tidur dan jika ada, blind untuk dapur. Selepas makan di Deli France, kami singgah masuk Harvey Norman yang terletak bersebelahan. Terjumpa dapur masak dan hud jenama Fagor yang menarik dan kena semua ciri-ciri yang diingini. Tapi belanjawan dah diatur - kata hati “kalau harga bawah RM 2,000 sekarang juga aku beli.” Alih-alih seorang jurujual datang, dan selepas sekali menawar harga, set dapur dan hud yang asalnya RM 2,300 dah jadi RM1,999. Subhanallah. Ada hikmah. Terus beli.
Kabinet dapur. Tempahan untuk kabinet dapur adalah yang terakhir untuk dapur dan juga yang paling lama. Masalahnya lebih kepada belanjawannya yang besar. Dua pilihan untuk peraka dapur, Legend Kitchen atau Kian Classic. Setelah melawat kilang merangkap showroom Legend Kitchen, suasana kurang mesra pelanggan yang kami rasai, Kian Classic adalah pilihan yang jelas dan ianya keputusan yang berbaloi kerana Kian Classic tak jemu melayan kerenah kami. Manakan tidak, memandangkan dapur kami taklah sebesar mana, tetapi citarasa masing-masing besar dan agak tidak seiring. Fokus saya lebih kepada rekaan yang praktikal dan wifey pula mahukan yang indah mata memandang. Namun, setelah beberapa kali rekaan ditukar, kami setuju dengan rekabentuk klasik dengan meja gelongsor (lihat gambar) dan pintu kabinet daripada kayu Nyatoh. RM 12,250.

Monday, June 27, 2011

Shopping sakan dengan Shaza

Shaza dalam baby carrier
Masa ni tengah beli-belah barang-barang rumah di Puchong. Kalau nak beli belah dengan baby memang berguna kalau ada baby carrier. Kalau tak, penat mendukung la jawabnya.

Taklah mahal mana pon. Baby carrier nie kami beli just for RM75 di kedai barangan bayi Manjaku di Bandar Baru Bangi. Berbaloi setiap ringgit. Mana taknya, lebih sejam kami pusing-pusing kat kawasan tu pon tak rasa penat nak bawak Shaza ;)

Sunday, March 06, 2011

Cukai Tanah dan Cukai Taksiran

Baru-baru ni saya ke Pejabat Tanah Hulu Langat (PTHL) dan MPKj sebab nak melunaskan cukai tanah dan cukai taksiran.

Ini adalah tahun pertama membayar cukai tanah dan pintu. Walaupun rumah dah siap Oktober tahun lepas, cukai 6 bulan pertama (Jul-Dec 2010) dilunas oleh pemaju.

Syabas kepada PTHL and MPKj kerana khidmat kaunter yang sangat efisyen. Saya di PTHL tak sampai 10 minit, dah selesai urusan. Mungkin juga sebab tak ramai yang perlu ke pejabat tanah, tambahan pula saya ke situ pada hari bekerja.

Di MPKj, saya terpaksa menunggu lebih lama. Walaupun datang tepat jam 8 pagi, dah ada beberapa orang yang mengambil nombor. Kerisauan saya tak lama, lebih kurang jam 8.20 saya dah pun keluar dari MPKj.

Apa-apahal, eloklah sesiapa yang belum melunaskan cukai-cukai tersebut cepat-cepat pergi bayar. Kalau tak, kena bayar denda ;)

Tuesday, November 09, 2010

"Saya Boleh Delete Gambar Saman Ekor Encik"

Aduhai... Alkisahnya hari ini penuh dugaan dan hikmah. Setelah dua hari yang penat membersihkan rumah Abah dan Mak yang dimasuki air bah, saya pun berangkat pulang ke Kajang. By the way, diorang tinggal di kawasan perumahan terancang di Alor Setar. Tapi apa kan daya, ditakdirkan Allah banjir melanda. Bagi kami, ini adalah yang pertama sejak mula tinggal di situ (27 tahun yang lalu).

Hari ini (Selasa, 9 Nov 2010) bermula dengan baik. Abah mengajak sarapan di luar (setiap kali saya balik, mesti ada pagi yang macam ni - father and son bonding lah katakan). Tapi tatkala matahari meninggi naik, panggilan pejabat mula menjenguk. Saya balik mengejut sebab mengenang Abah dan Mak berdua saja nak mencuci dan mengemas rumah penuh lumpur, dan kerana itu terus kerja pejabat separuh siap ditinggalkan. Berjela saya membincangkan hal kerja, akhirnya, saya kena siapkan jugak sebahagian (lepas tulis blog ni kena fikir hal kerja pulak). Dah tahu kena buat keje malam ni, terus saya kemas barang-barang dan mula bertolak balik ke Kajang - dalam pukul 11 pagi.

Hampir ke jam 1 petang, saya singgah di R&R Gunung Semanggol untuk makan and solat. Sementelah itu, panggilan pejabat tetap datang menjenguk, satu dua perkara yang merungsingkan perlu diselesaikan. Manakan tidak, due date dah lepas. Lebih kurang jam 1.30 aku meneruskan perjalanan. (Kalau ada yang musykil sekejap sangat saya berhenti di R&R... I'm a guy, and I was alone).

Dalam perjalanan, nampak satu dua kereta bagi isyarat high beam - nampak gayanya ada road block di hadapan. Walaupun saya seorang yang agak patuh hadlaju (takkan lah kita boleh patuh 100% setiap masa) saya dapat rasakan saya akan ditahan ke tepi tak besar kemungkinan tidak disaman. Tidak saya menyangka, kali ini lain daripada biasa (macam Hot FM pulak)

Ini transkrip (lebih kurang) yang berlaku di road block antara Gunung Semanggol dan Kuala Kangsar, antara jam 2 - 3 petang.

Polis Trafik (PT): "Encik bawak laju ni"
Saya (FMK): "Eh yeke? Laju sangat ke?"
PT: "Laju, lebih hadlaju la. So apa kita nak buat sekarang?"
FMK: "Saya mintak maaf la. Tak boleh bagi warning je ke? Kadang-kadang saya bawak tak perasan terlebih hadlaju, saya slow balik."
PT: "Boleh bagi warning, tapi gambar saman ekor nak buat macam mana? Ada muka encik."
FMK: "Ha!? gambar apa pulak?"
PT: "Macam ni jelah. Encik bagi... (sambil tangan kanan beliau masuk ke dalam kereta, dengan lima jari bukak tutup seolah-olah bermaksud lima... atau 'lima puluh'?) ... saya boleh delete gambar saman ekor encik. Kira macam tak ada la."

Aduhai... pertama kali saya jumpa polis trafik yang se'direct' ini. Selalunya berdolak-dalih dengan "apa kita nak buat sekarang". Bermula dari situ, saya pulak yang berdalih, cuba nak perangkap dia untuk cakap apa sebenarnya yang dia nak. Tak habis-habis tangan kanannya kembang kuncup mengisyaratkan 'lima' sambil menunjukkan gambar saman ekor sapa punya ntah dan berkata "saya boleh delete gambar saman ekor encik".

Ayat terakhir saya kepada beliau, "kita buat cara betul la". Terus dia berundur, tengok kereta di belakang saya sambil berkata, "Ha, OK takpe. Jalan."

Astaghfirullah Al 'Azim. Tak tau lah sama ada saya kena saman ekor atau tidak. Tunggu...

Monday, June 07, 2010

US Trip '10: Universal Studios

Mei yang lepas, kami ke US... selama dua minggu! Kayrina dan Abg Nazrol masing-masing habis study (seorang Degree, seorang lagi Masters). Memang kebetulan majlis konvo diorang hanya selang seminggu, jadi dapatlah kami hadir untuk kedua-dua sekali. Apa-apahal pun, trip kali agak hectic dan padat, jadi saya nak fokus untuk hari-hari tertentu dulu.

Pada hari ke-5 (Ahad) kami ke Universal Studios Hollywood! Untuk ke pintu masuk saja satu tarikan yang menarik, dengan deretan kedai-kedai souvenir, Hard Rock Cafe, Starbuck dan macam-macam lagi.

Gambar kiri: Di hadapan pintu masuk Universal Studios... dengan globe bergerak sambil diliputi kabus buatan.

Tarikan pertama yang kami naik... The Simpsons Ride. Tak seperti yang lain, ianya satu simulasi dengan paparan besar dan gerabak yang boleh bergerak ke atas dan bawah.






Jurassic Park. Ini antara tarikan yang paling saya suka, di mana kami menaiki bot (tapi macam gerabak roller coaster, dengan palang keselamatan tempat duduk) dan ianya akan bergerak mengikut aliran sungai buatan sambil melalui tinggalan taman tema Jurassic Park (seperti yang dalam filem).

Tapi klimaksnya... bot akan ditarik naik dalam 30m... dan dibiarkan luncur kebawah. Splash!!! Roller coaster air :)

Sunday, April 04, 2010

Fiesta Belon Udara Panas dan Pesta Buku 2010

Dah dua minggu berlalu, baru sekarang berkesempatan untuk pos blog. Hujung minggu 20-21 Mac memang padat. Dan sesuatu yang pasti saya nak kongsi dengan semua.

Hari kami bermula seawal 8 pagi, menuju ke perhimpunan family day ofis kami, PMU Annual Gathering. Seperti tahun-tahun lalu, kalau dah famili-famili berkumpul pasti riuh dengan budak-budak bermain dan berlari sana-sini. Tapi ini hanya permulaan.

Menjelang tengahari, kami pun dah kepenatan. Malas nak menunggu penutupan acara, kami balik awal ke rumah ibu... apa lagi, makan tengahari la. Malam ni tidur rumah ibu, sebabnya petang ada lagi agenda. Lebih kurang pukul 5 petang, kami (kali ni adik Nur turut serta) bertolak ke Putrajaya. Apa lagi... Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2010 kali ke-2 tengah berlangsung. Hajat di hati nak tengok Darth Vader terbang. Tapi apakan daya, yang itu pulak tak terbang hari tu. Takpa, banyak lagi belon-belon lain yang terbang pon, cuma tahun ni tak banyak belon bentuk pelik-pelik. Biasa ja, setakat dekorasi warna dan lukisan saja. Pukul 6.30 saja, kami pon balik. Tengok lama-lama pon bukannya ada aksi akrobatik pon.

Malamnya, makan dan tidur. Cukup aktiviti untuk sehari. Perlu berehat sebabnya besok ada lagi agenda! Kali ni kami ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 pula.

Wah, memang hujung minggu yang padat. Walaupun
Pesta Buku berlangsung sehingga 27 Mac di PWTC, hujung minggu depan kami dah ada jemputan kahwin. Jadi kami satukan juga dalam minggu ni.

Nak ke sana, kami putuskan untuk naik public transport saja - naik ERL dari Putrajaya ke Bandar Tasik Selatan dan seterusnya  PWTC dengan LRT.

Ini pertama kali saya ke Pesta Buku, jadi tak dapat nak bandingkan sama ada lebih meriah dari tahun-tahun sebelumnya ataupun tak. Tapi pastinya bagi saya, cukup meriah. Tak percaya? Tengoklah gambar di dewan yang menempatkan kumpulan Karangkraf (Alaf 21, Buku Prima, Impiana dan lain-lain)

Lebih dua jam jugak kami di sana. Buku yang dibeli pun agak banyak dan berat... terlupa sebentar yang kami naik pengangkutan awam. Alamak! kenalah tanggung sampain kerumah. Huhu.


Balik rumah pun dah petang. Rehat, makan malam dan tidur...

Tuesday, February 02, 2010

Lecehnya birokrasi visa US tapi lancar

Tak beberapa bulan saja lagi saya akan ke US, bersama-sama keluarga isteri untuk ke majlis commencement adik ipar dan sekaligus abang ipar. Seorang di Colorado, seorang lagi di New York. Jauh jugak tu. Americans memang suka guna nama-nama yang lain dari orang lain. Baiklah guna convocation saja. Mudah orang ramai nak faham.

Apa-apa hal pon, nak masuk ke tanah Amerika perlu pohon visa dulu... tapi ianya sesuatu yang dah biasa bagi saya. Dua tahun lalu pernah pohon untuk Abah dan Mak hadir ke commencement Abang yang selesai pengajian Master dan setahun selepas itu tolong pulak abang ipar pohon visa pelajar, menyambung pengajian Master juga.

Perkara pertama, kena bayar yuran permohonan. Fuh, ini bukan 20 dollar macam saya penah pohon visa Australia, tapi setiap seorang kena bayar RM 460 (dan campur yuran servis Alliance bank, RM 32). Kalau untuk lima orang kesemuanya, dah lebih kurang RM 2,500...

Perkara kedua, kena atur temujanji dengan Kedutaan US di Jalan Tun Razak. Paling menggembirakan, Kedutaan US tak cuti Hari Wilayah, jadi saya terus ambil kesempatan tersebut. Selamat satu hari cuti tahunan PETRONAS saya yang tak seberapa ;)

Setiba di Kedutaan US pada hari temuduga, agak berdebar lah juga. Nampak pegawai keselamatan semuanya serius-serius belaka. Tapi bak kata pepatah Inggeris, don't judge a book by its cover. Bila dah bukak mulut, agak memahami pegawai-pegawai keselamatan di situ. Sempatlah berjenaka sedikit.

Masuk kedalam, suasana semacam di bank sebanyak sedikit. Sebaik masuk kena ambil nombor giliran dan tunggu. Bila dipanggil, kena pergi ke kaunter (memang macam bank) untuk serah borang-borang yang berkenaan dulu dan tunggu lagi. Bila nombor dipanggil lagi, diorang nak ambil cap jari pulak. Habis, semua orang dah masuk dalam rekod kerajaan Amerika... Okey, kena tunggu lagi (setengah jam la jugak).

Akhirnya untuk penghabisannya, baru lah kami dipanggil untuk temuduga. Memandangkan kami pergi berkumpulan, tak banyak soalan ditanya minah saleh ni... setakat kenapa nak pergi ke US dan kami kerja di mana sekarang. Tak banyak soalnya, tapi peramah. Dulu masa Abah dan Mak dia tengok jugak gaji pencen, surat jemputan ibubapa ke commencement. Lain orang lain lah soalannya - dulu yang temuduga Abah dan Mak lelaki mat saleh. Tak sampai 15 minit, selesai temuduga dan terus dapat tahu permohonan visa dah diluluskan. Fuh, selamat semuanya. Besok boleh ambil balik pasport bersama visa. Voila :)

Walaupun bayar agak mahal, bila dah lalui semua tanpa sebarang masalah, tidak lah rasa ralat sangat. Lagipun kami dah tak sabar-sabar nak melancong nih :)