Tak beberapa bulan saja lagi saya akan ke US, bersama-sama keluarga isteri untuk ke majlis commencement adik ipar dan sekaligus abang ipar. Seorang di Colorado, seorang lagi di New York. Jauh jugak tu. Americans memang suka guna nama-nama yang lain dari orang lain. Baiklah guna convocation saja. Mudah orang ramai nak faham.
Apa-apa hal pon, nak masuk ke tanah Amerika perlu pohon visa dulu... tapi ianya sesuatu yang dah biasa bagi saya. Dua tahun lalu pernah pohon untuk Abah dan Mak hadir ke commencement Abang yang selesai pengajian Master dan setahun selepas itu tolong pulak abang ipar pohon visa pelajar, menyambung pengajian Master juga.
Perkara pertama, kena bayar yuran permohonan. Fuh, ini bukan 20 dollar macam saya penah pohon visa Australia, tapi setiap seorang kena bayar RM 460 (dan campur yuran servis Alliance bank, RM 32). Kalau untuk lima orang kesemuanya, dah lebih kurang RM 2,500...
Perkara kedua, kena atur temujanji dengan Kedutaan US di Jalan Tun Razak. Paling menggembirakan, Kedutaan US tak cuti Hari Wilayah, jadi saya terus ambil kesempatan tersebut. Selamat satu hari cuti tahunan PETRONAS saya yang tak seberapa ;)
Setiba di Kedutaan US pada hari temuduga, agak berdebar lah juga. Nampak pegawai keselamatan semuanya serius-serius belaka. Tapi bak kata pepatah Inggeris, don't judge a book by its cover. Bila dah bukak mulut, agak memahami pegawai-pegawai keselamatan di situ. Sempatlah berjenaka sedikit.
Masuk kedalam, suasana semacam di bank sebanyak sedikit. Sebaik masuk kena ambil nombor giliran dan tunggu. Bila dipanggil, kena pergi ke kaunter (memang macam bank) untuk serah borang-borang yang berkenaan dulu dan tunggu lagi. Bila nombor dipanggil lagi, diorang nak ambil cap jari pulak. Habis, semua orang dah masuk dalam rekod kerajaan Amerika... Okey, kena tunggu lagi (setengah jam la jugak).
Akhirnya untuk penghabisannya, baru lah kami dipanggil untuk temuduga. Memandangkan kami pergi berkumpulan, tak banyak soalan ditanya minah saleh ni... setakat kenapa nak pergi ke US dan kami kerja di mana sekarang. Tak banyak soalnya, tapi peramah. Dulu masa Abah dan Mak dia tengok jugak gaji pencen, surat jemputan ibubapa ke commencement. Lain orang lain lah soalannya - dulu yang temuduga Abah dan Mak lelaki mat saleh. Tak sampai 15 minit, selesai temuduga dan terus dapat tahu permohonan visa dah diluluskan. Fuh, selamat semuanya. Besok boleh ambil balik pasport bersama visa. Voila :)
Walaupun bayar agak mahal, bila dah lalui semua tanpa sebarang masalah, tidak lah rasa ralat sangat. Lagipun kami dah tak sabar-sabar nak melancong nih :)