Tuesday, February 02, 2010

Lecehnya birokrasi visa US tapi lancar

Tak beberapa bulan saja lagi saya akan ke US, bersama-sama keluarga isteri untuk ke majlis commencement adik ipar dan sekaligus abang ipar. Seorang di Colorado, seorang lagi di New York. Jauh jugak tu. Americans memang suka guna nama-nama yang lain dari orang lain. Baiklah guna convocation saja. Mudah orang ramai nak faham.

Apa-apa hal pon, nak masuk ke tanah Amerika perlu pohon visa dulu... tapi ianya sesuatu yang dah biasa bagi saya. Dua tahun lalu pernah pohon untuk Abah dan Mak hadir ke commencement Abang yang selesai pengajian Master dan setahun selepas itu tolong pulak abang ipar pohon visa pelajar, menyambung pengajian Master juga.

Perkara pertama, kena bayar yuran permohonan. Fuh, ini bukan 20 dollar macam saya penah pohon visa Australia, tapi setiap seorang kena bayar RM 460 (dan campur yuran servis Alliance bank, RM 32). Kalau untuk lima orang kesemuanya, dah lebih kurang RM 2,500...

Perkara kedua, kena atur temujanji dengan Kedutaan US di Jalan Tun Razak. Paling menggembirakan, Kedutaan US tak cuti Hari Wilayah, jadi saya terus ambil kesempatan tersebut. Selamat satu hari cuti tahunan PETRONAS saya yang tak seberapa ;)

Setiba di Kedutaan US pada hari temuduga, agak berdebar lah juga. Nampak pegawai keselamatan semuanya serius-serius belaka. Tapi bak kata pepatah Inggeris, don't judge a book by its cover. Bila dah bukak mulut, agak memahami pegawai-pegawai keselamatan di situ. Sempatlah berjenaka sedikit.

Masuk kedalam, suasana semacam di bank sebanyak sedikit. Sebaik masuk kena ambil nombor giliran dan tunggu. Bila dipanggil, kena pergi ke kaunter (memang macam bank) untuk serah borang-borang yang berkenaan dulu dan tunggu lagi. Bila nombor dipanggil lagi, diorang nak ambil cap jari pulak. Habis, semua orang dah masuk dalam rekod kerajaan Amerika... Okey, kena tunggu lagi (setengah jam la jugak).

Akhirnya untuk penghabisannya, baru lah kami dipanggil untuk temuduga. Memandangkan kami pergi berkumpulan, tak banyak soalan ditanya minah saleh ni... setakat kenapa nak pergi ke US dan kami kerja di mana sekarang. Tak banyak soalnya, tapi peramah. Dulu masa Abah dan Mak dia tengok jugak gaji pencen, surat jemputan ibubapa ke commencement. Lain orang lain lah soalannya - dulu yang temuduga Abah dan Mak lelaki mat saleh. Tak sampai 15 minit, selesai temuduga dan terus dapat tahu permohonan visa dah diluluskan. Fuh, selamat semuanya. Besok boleh ambil balik pasport bersama visa. Voila :)

Walaupun bayar agak mahal, bila dah lalui semua tanpa sebarang masalah, tidak lah rasa ralat sangat. Lagipun kami dah tak sabar-sabar nak melancong nih :)

Sunday, January 03, 2010

Kenduri Mak Lang Mina

Kenduri Mak Lang Mina adalah yang terakhir untuk keluarga Tok Chik jadi segala persiapan sememangnya gah.

Sebagai keluarga sepupu-sepapat sebelah Tok Long, kami menjenguk lebih awal pada hari kenduri kalau-kalau ada benda yang boleh dibantu. Walaupun waktu baru jam 12 tengah hari, ramainya orang macam di konsert. Terus saya dan isteri beratur mengambil makanan. Menu kenduri Mak Lang Mina agak unik - bermula dengan ayam masak merah, daging kicap, acar dan ulam-ulaman, tapi sebaik habis ayam merah diganti pula dengan ayam goreng berempah. Wah! tak nak terlepas merasa, saya ulang makan lagi untuk kali kedua ;)

Malam sebelumnya, selepas akad nikah keluarga pihak lelaki dijemput ke rumah untuk doa selamat and kenduri kecil-kecilan untuk sanak saudara. Menu disediakankan sendiri keluarga Tok Chik dengan makanan ala kampung - lauk gulai kambing, ikan tenggiri asam laksa, ikan masin, ulam-ulaman dan acar sememangnya menyentap selera sampaikan saya berulang makan dua kali.

Kembali kepada hari kenduri, Mak, Mak Lang, Mak Su, Mak Njang, Chik, Tok dan banyak lagi Mak-Mak sebelah Tok Long memasak bubur lambok ala Kg Pisang untuk juadah sampingan keduri Mak Lang Mina. Sebaik bubur tiba di rumah kenduri, saya dan isteri turun padang, menawar diri menjaga kaunter bubur lambok memandangkan hampir semua sepupu-sepapat dah ada kaunter masing-masing - dari cendol ais kacang, ais krim, rojak, dan laksa.


Sebelum balik ke alor Setar, sempat saya ambil gambar panorama rumah Pak Teh (kiri) dan rumah Tok (Long) yang berhadapan dengan laluan Baling-Gerik.

Sunday, November 15, 2009

Tech Support Jarak Jauh

Semenjak Abah dah beli MP3 voice recorder utk merakam kuliah dan kelas-kelas agama nampaknya makin digital hidup Abah dan Mak di Aloq Staq. Walaupun dah biasa dengan komputer... melayari laman-laman web dan tengok live streaming kuliah agama, masih ada benda yang agak janggal untuk diorang fahami.

Bila Abah call dan tanya macam mana nak guna voice recorder untuk pindah fail dan simpan dalam komputer, susah jugak nak tunjukkan caranya kalau dah tinggal lebih 400km jauhnya. Tapi takpa, nikmat teknologi kan ada - kita remote pc ;)

Kalau di ofis, saya remote guna terminal client je, tapi untuk rumah di Aloq Staq, saya gunakan LogMeIn. (free version pon memadai). Dah lama saya menggunakan servis website ni, agaknya sejak di universiti. Kalau nak menggunakan servis online remote pc ni, just install client dia kat pc yang nak diremote, setting beberapa perkara berkaitan sekuriti dan sebagainya, dah siap.

Jadi bila Abah call tanya macam mana nak tukar nama fail, saya suruh je Abah on pc, kemudian saya log masuk ke LogMeIn, saya dah boleh tunjukkan Abah macam mana caranya one-on-one (sort of, sebab masih kena guna telefon untuk komunikasi). Sekurang-kurangnya tak perlu lah Abah tunggu sampai saya balik :)

Saturday, September 12, 2009

Operasi: Spring Cleaning Raya

Hari ini, operasi pembersihan rumah sempena Aidilfitri secara rasminya telah bermula. Seawal jam 7 pagi, layan tv series CSI dulu (malam semalam dah habis donlod) :p Kemudian baru ada semangat.

Sasaran pertama: perkarangan rumah dan laman. Tengok-tengok balik, pokok tomato yang ditanam dalam pasu dah terlampau besar dan tinggi. Akar tak cukup tanah, pokok pon dah jadi macam padi, semakin berisi semakin tunduk. Walaupun puasa, gagah pindahkan dari pasu ke tanah laman rumah. Mencangkul hebat, peluh meleleh. Sukses. Rumput belum potong pendek lagi nih, petang nanti akan saya kerjakan. Ahh, ini belum nak basuh lantai porch lagi.

Sasaran kedua (wife, waktu sama dengan sasaran pertama): Bilik tidur. Tukar cadar, tukar alas bantal, vakum dan tingkatkan pengudaran untuk lebih segar :)

Sasaran-sasaran seterusnya: Ruang tamu, dapur dan bilik-bilik lain. Semua agenda malam karang dan besok pagi.

Tuesday, August 18, 2009

Berjinak-jinak dengan laman

Melihat laman sebesar 20' x 75' memang tak terfikir macam mana nak menjaganya. Tapi semenjak sebulan ini dapat juga saya berjinak-jinak dengan lanskap laman... dan juga bertani ;) Mulanya hanya ada pokok-pokok bunga yang menghiasi porch hadapan rumah. Itupun Kak Nisa' yang tanam - mungkin semenjak tinggal di rumah sewa dulu.


Memandangkan Ayah (mertua) sedang bersiap untuk pencen, dia pon semakin aktif menjadi petani moden. Secara tak langsung, dapatlah sebatang pohon tomato untuk rumah saya. Ini kali pertama saya menjaga tanaman sayuran... satu perkara yang saya belajar, tanaman sayuran senang haus. Kalau tak siram sehari, layulah dia. Terbaik, siram dua kali sehari - pagi dan petang.


Dua minggu kemudian, lihat-lihat sekitar laman rumah terasa macam padang bola. Lapang dan tiada pokok ;p Jadi bila hujung minggu singgah dia nursery dan belilah pokok jambu air. Untung badan boleh merasa buahnya nanti. Hendak menjaga pokok jambu taklah sesusah pokok tomato, tapi masalahnya berlainan sikit. Seminggu tanam dia hujung laman, nampak daun-daunnya lopong dimakan dek ulat daun. Ahh, kena fikir macam mana nak halang ulat-ulat ni lah pulak. Tapi tak apa. Melihat bila pokok-pokok ni kembang dan segar, rasa satu kepuasan - dah pandai berjasa kepada tanah :)



Monday, June 22, 2009

Trimmer elektrik baru

Minggu lepas, saya ke MidValley. Satu tempat yang jarang saya jejakkan kaki, kalau tak kerana mencari sesuatu. Kali terakhir saya ke situ... hampir setahun yang lalu, saya mencari2 barang2 hantaran dan kenduri kahwin.

Kali ini, untuk mencari trimmer laman elektrik. Dah lama nakkan trimmer ni, memandangkan rumput di laman kerap meninggi dan sekali upah memotong sampai rm50. Jadi, bila dah jumpa satu (B&D GL350 Reflex Plus trimmer, pic) yang berharga sekitar rm170, berbaloi sangat kalau dah sebulan hampir dua kali panggil pemotong rumput. :)


Nak menjaga laman rumah tepi memang perit, apatah lagi kalau laman lebih besar dari bukaan rumahnya sendiri :-o Dari rumput laman hinggalah ke pokok2 bunga. Sekarang cuaca agak panas, pokok pon nampak segan nak hidup... daun asyik gugur je. Pening dibuatnya.

Nasib baiklah rumah baru saya lamannya tak sebesar ni. Oh lupa pulak, rumah berlaman besar ni rumah kak Nisa' yang sekarang di perantauan. Sambil jaga rumah, tinggallah sekali di situ :)

Monday, June 01, 2009

Kemaskini KWSP @ A.Star

Hujung minggu ini sungguh berilmiah :p Untuk pertama kalinya saya layari internet dengan handphone. Dan untuk pertama kali juga saya ke pejabat KWSP. Apa yang menarik, kerja di KL, tapi kunjung ke cawangan A. Star. Alang-alang dah balik kampung. Saya ke KWSP sekadar untuk kemaskini penama dan daftar i-Akaun.

Sesuatu yang membanggakan dan amat dialu-alu bila satu persatu khidmat kerajaan boleh diakses secara dalam talian (online for the uninitiated) :p

Just a word for all EPF members: The EPF has only recently enhanced their database and subsequently their service. There've been stories that family of late member cannot claim their saving due to data lost during system transfer. So it doesn't hurt to go update your benificiaries. And at the same time give their online system a try :)