Semenjak Abah dah beli MP3
voice recorder utk merakam kuliah dan kelas-kelas agama nampaknya makin digital hidup Abah dan Mak di Aloq Staq. Walaupun dah biasa dengan komputer... melayari laman-laman web dan tengok
live streaming kuliah agama, masih ada benda yang agak janggal untuk diorang fahami.
Bila Abah call dan tanya macam mana nak guna
voice recorder untuk pindah fail dan simpan dalam komputer, susah jugak nak tunjukkan caranya kalau dah tinggal lebih 400km jauhnya. Tapi takpa, nikmat teknologi kan ada - kita
remote pc ;)

Kalau di ofis, saya remote guna
terminal client je, tapi untuk rumah di Aloq Staq, saya gunakan
LogMeIn. (free version pon memadai). Dah lama saya menggunakan servis website ni, agaknya sejak di universiti. Kalau nak menggunakan servis online
remote pc ni, just install
client dia kat pc yang nak di
remote,
setting beberapa perkara berkaitan sekuriti dan sebagainya, dah siap.
Jadi bila Abah call tanya macam mana nak tukar nama fail, saya suruh je Abah
on pc, kemudian saya log masuk ke LogMeIn, saya dah boleh tunjukkan Abah macam mana caranya
one-on-one (
sort of, sebab masih kena guna telefon untuk komunikasi). Sekurang-kurangnya tak perlu lah Abah tunggu sampai saya balik :)