Baru-baru ni saya ke Pejabat Tanah Hulu Langat (PTHL) dan MPKj sebab nak melunaskan cukai tanah dan cukai taksiran.
Ini adalah tahun pertama membayar cukai tanah dan pintu. Walaupun rumah dah siap Oktober tahun lepas, cukai 6 bulan pertama (Jul-Dec 2010) dilunas oleh pemaju.
Syabas kepada PTHL and MPKj kerana khidmat kaunter yang sangat efisyen. Saya di PTHL tak sampai 10 minit, dah selesai urusan. Mungkin juga sebab tak ramai yang perlu ke pejabat tanah, tambahan pula saya ke situ pada hari bekerja.
Di MPKj, saya terpaksa menunggu lebih lama. Walaupun datang tepat jam 8 pagi, dah ada beberapa orang yang mengambil nombor. Kerisauan saya tak lama, lebih kurang jam 8.20 saya dah pun keluar dari MPKj.
Apa-apahal, eloklah sesiapa yang belum melunaskan cukai-cukai tersebut cepat-cepat pergi bayar. Kalau tak, kena bayar denda ;)