Memandangkan Ayah (mertua) sedang bersiap untuk pencen, dia pon semakin aktif menjadi petani moden. Secara tak langsung, dapatlah sebatang pohon tomato untuk rumah saya. Ini kali pertama saya menjaga tanaman sayuran... satu perkara yang saya belajar, tanaman sayuran senang haus. Kalau tak siram sehari, layulah dia. Terbaik, siram dua kali sehari - pagi dan petang.
Dua minggu kemudian, lihat-lihat sekitar laman rumah terasa macam padang bola. Lapang dan tiada pokok ;p Jadi bila hujung minggu singgah dia nursery dan belilah pokok jambu air. Untung badan boleh merasa buahnya nanti. Hendak menjaga pokok jambu taklah sesusah pokok tomato, tapi masalahnya berlainan sikit. Seminggu tanam dia hujung laman, nampak daun-daunnya lopong dimakan dek ulat daun. Ahh, kena fikir macam mana nak halang ulat-ulat ni lah pulak. Tapi tak apa. Melihat bila pokok-pokok ni kembang dan segar, rasa satu kepuasan - dah pandai berjasa kepada tanah :)
4 comments:
bagus2...
at least nanti2 bley jadik petani moden....
prancangan utk masa tua :p
weyy..pokok bunga yg dulu sume sudaa mati kah?? :P
eh ..tu keta sape tu?? keta baru ke?
Haa.. Pokok2 bunga banyak yang x survive. Pokok x bunga ok ja. Nak kena bagi tanah yang subur sket. Tanah merah memang x boleh jalan.
P/s: pakai tanah hitam ja. Senang cerita
Post a Comment