Dah dua minggu berlalu, baru sekarang berkesempatan untuk pos blog. Hujung minggu 20-21 Mac memang padat. Dan sesuatu yang pasti saya nak kongsi dengan semua.
Hari kami bermula seawal 8 pagi, menuju ke perhimpunan family day ofis kami, PMU Annual Gathering. Seperti tahun-tahun lalu, kalau dah famili-famili berkumpul pasti riuh dengan budak-budak bermain dan berlari sana-sini. Tapi ini hanya permulaan.
Menjelang tengahari, kami pun dah kepenatan. Malas nak menunggu penutupan acara, kami balik awal ke rumah ibu... apa lagi, makan tengahari la. Malam ni tidur rumah ibu, sebabnya petang ada lagi agenda. Lebih kurang pukul 5 petang, kami (kali ni adik Nur turut serta) bertolak ke Putrajaya. Apa lagi... Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2010 kali ke-2 tengah berlangsung. Hajat di hati nak tengok Darth Vader terbang. Tapi apakan daya, yang itu pulak tak terbang hari tu. Takpa, banyak lagi belon-belon lain yang terbang pon, cuma tahun ni tak banyak belon bentuk pelik-pelik. Biasa ja, setakat dekorasi warna dan lukisan saja. Pukul 6.30 saja, kami pon balik. Tengok lama-lama pon bukannya ada aksi akrobatik pon.
Malamnya, makan dan tidur. Cukup aktiviti untuk sehari. Perlu berehat sebabnya besok ada lagi agenda! Kali ni kami ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 pula.
Wah, memang hujung minggu yang padat. Walaupun
Pesta Buku berlangsung sehingga 27 Mac di PWTC, hujung minggu depan kami dah ada jemputan kahwin. Jadi kami satukan juga dalam minggu ni.
Nak ke sana, kami putuskan untuk naik public transport saja - naik ERL dari Putrajaya ke Bandar Tasik Selatan dan seterusnya PWTC dengan LRT.
Ini pertama kali saya ke Pesta Buku, jadi tak dapat nak bandingkan sama ada lebih meriah dari tahun-tahun sebelumnya ataupun tak. Tapi pastinya bagi saya, cukup meriah. Tak percaya? Tengoklah gambar di dewan yang menempatkan kumpulan Karangkraf (Alaf 21, Buku Prima, Impiana dan lain-lain)
Lebih dua jam jugak kami di sana. Buku yang dibeli pun agak banyak dan berat... terlupa sebentar yang kami naik pengangkutan awam. Alamak! kenalah tanggung sampain kerumah. Huhu.
Balik rumah pun dah petang. Rehat, makan malam dan tidur...
No comments:
Post a Comment